Pages

03 December 2010

Dajjal the False Messiah by Imran Hosein

      Ceramah yang bertajuk Dajjal the False Messiah ini disampaikan oleh Maulana Imran Hosein. Maulana Imran Hosien terkenal dengan penulisannya iaitu Jerusalem in the Quran. Di dalam ceramah ini, Maulana banyak mengupas tentang definisi Dajjal, ciri-ciri Dajjal, misi Dajjal dan sebagainya. Semoga siri ceramah ini dapat menguatkan lagi akidah kita kepada Allah SWT.



















01 December 2010

Phase 3 : Misi Dajjal ke Tanah Suci. (Wake Up Project)

1. Satu lagi dokumentari yang dihasilkan oleh Noreaga dan rakan-rakannya (Wake Up Project) dalam membongkar konspirasi Dajjal Laknatullah.  Phase 3 merupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book.

2. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penjajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar.

3. Anda perlu meluangkan sedikit masa untuk menonton filem ini kerana ia melibatkan seluruh kehidupan kita. Ekonomi, pendidikan, makanan, ketenteraan dan lain-lain sebenarnya dikawal oleh satu sistem iaitu sistem Dajjal Laknatullah.

4. Selepas menonton filem ini, marilah kita sama-sama berjuang untuk mengubah dunia mengikut sistem yang telah Allah SWT sediakan iaitu dengan merujuk kepada Al Quran dan Sunnah. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT.

5. Terima kasih kepada Noreaga & Achernahr kerana bertungkus-lumus menghasilkan siri ini.








































30 November 2010

The Divine Book. (Wake Up Project)

1. Dokumentari ini dihasilkan oleh Noreaga dan pasukannya dalam membongkar tentang kesamaan dua agama terbesar di dunia iaitu Islam dan Kristian yang selama ini dinafikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Dokumentari ini mengisahkan dan menyelami sifat Allah SWT yang maha Esa, satu mesej yang sama daripada Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW.

3. Tontonlah dokumentari ini jika kita mahukan kebenaran yang nyata dan merasai kebesaran Allah SWT.

4. Semoga kita dapat meluangkan masa untuk menonton keseluruhan video sekaligus dapat menguatkan akidah kita. Insyaallah.

5. Beberapa siri video ini ditujukan khas buat penganut Kristian dan orang bukan Islam yang lain. Bukanlah tujuannya untuk memasarkan Islam ataupun menjatuhkan kepercayaan penganut Kristian sebaliknya menekankan persamaan Islam dan Kristian iaitu Satu Tuhan, Satu Mesej.

6. Terima kasih kepada salafus-sholih.blogspot.com dan Fr33DoMFighT3Rz




















"Meneruskan Cita-cita Rakyat"

Dari: anwaribrahimblog.com




Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat

29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini 

Kami menegaskan:

Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
 
Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi
menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
 
Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
 
Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
 
Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
 
Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
 
Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti
dengan kerajaan Negeri.

C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan
masyarakat berpendapatan rendah;
 
Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
 
Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
 
Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa 
Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
 
Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
 
Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan
penternak.
 
Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;
 
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.
Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat,
Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

25 November 2010

Pengalaman di Sumatera: Misi Tsunami di Sumatera

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di rumah anak-anak yatim, Aceh

MPP beraya bersama Kosulat Jeneral Malaysia di Medan

Makan malam bersama pelajar Malaysia di Universiti Sumatera Utara

Aidiladha di Medan


Puteri-puteri MPP menghiasi pagi Adiladha

Sesiapa pun boleh terbang bersama Air Asia

Berada di Makam seorang Ulama' Aceh

Salah sebuah tempat berlakunya Tsunami 2006

Bekas ahli kumpulan Nada Murni menceritakan pengalaman beliau sewaktu berlakunya Tsunami

Masjid Rahmatullah, Aceh

Subhanallah, inilah kuasa Allah SWT

Kapal ini berada 5km dari laut

Aidiladha bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan

Sebelum berangkat ke Indonesia









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...